(post kali ni mungkin berbaur politik sikit. tetibe pulak kan? hahaha)
why why why? wae? wae? wae? limaza? limaza? limaza? heee~
okeh -.-"
ha! O.O
kadang kadang aku tak faham dengan Utusan.
adakah media cetak ini penuh dengan propa?
tak bermaksud nak kutuk apetah lagi menyindir apetah lagi memuji cuma tertanya2 dan persoalan di benak kepala.
maaf ya peminat setia Utusan.
mesti korang semua tertanya, "kenapa mesti ko nak kutuk utusan? bukannya paper lain cm sinar ke, metro ke, star ke, berita mingguan ke, harakah ke n mane mane paper lain la.kenapa ha dibah? kenapa??"
Alasan dia, ayah aku memang peminat utusan. hahaha. tak ada lah,
Setiap pagi dan setiap hari surat khabar utusan akan sampai kat rumah aku,
so itu je la yang aku boleh persoalkan.
lagipon, kalau tak baca surat khabar dalam masa seminggu tuh, terasa macam ada benda kurang. terasa macam biul kepala otak.
so, back to the topic, kenapa aku mempersoalkan sedemikian?
okeh,ni ha yang aku konfius.
KEJADIAN PERTAMA : pernah aku terbaca satu tajuk yang di keluarkan oleh utusan sendiri, bunyi dia seakan akan macam ni 'umat islam tidak digalakkan meraikan perayaan lain'. isinya pula mengatakan bahawa bukan setakat sambut dan raikan, tapi mengamalkan pon tak boleh.
KEJADIAN KE DUA : tadi ke semalam, aku baca surat khabar, belek belek belek,aku ternampak satu gambar, para para menteri (menteri melayu yang bergelar umat islam ok) menghadiri upacara rumah terbuka di mana tah, aku pon tak ingat. Para para menteri tersebut aku nampak tengah gaul gaul makanan yang di panggil yee sang (nampak sedap keh!. erk, maaf, cepat tergoda dengan makanan -.-') .
aku cuba kaitkan kejadian pertama dengan kejadian ke dua.
HURM? O.O
baik, apa pendapat aku?
1. Payah nak dapat pemimpin yang boleh ikut kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat yang boleh dibanggakan dan dicontohi. Bukan nak suruh meniru sebijik sebijik, ikut la peredaran masa, kecanggihan zaman juga. Campurkan masa dan keadaan hukum supaya lebih cantik. Jangan lah ubah Hukum Allah, tapi cara pembawaan kita sendiri supaya lebih diberkati. Contoh iktibar yang boleh kita tengok, Kejatuhan Mubarak yang dibenci oleh rakyat sendiri. Malah jatuh disebabkan oleh kaum yang lahir pada pemerintahan beliau sendiri, bukan kaum zaman sebelum.
2. Aku bukan tak percaya akan media cetak, tak kira la media cetak tu macam mana. tapi kadar peratusan kepercayaan terhadap mereka ni, kurang dari 80%, malah, sekarang ni, yang aku taip ni pon, aku kurang percaya akan keselamatan untuk publish post ni.
3. Tak semua benda itu sempurna 100% kn? malah, Adam a.s sendiri menafikan apa yang dikata. So, tah la.
Sini aku boleh juga katakan, aku sebagai rakyat malaysia, aku masih muda dan aku masih baru ingin belajar.
Tapi dengan apa yang aku lihat, apa yang aku baca, menjadikan diri aku ragu ragu. dari percaya, baik buat dono (tak tahu). Itu masalah remaja Malaysia kan?
Malah aku sendiri, kadang kadang masih lagi ada perangai dan berfikiran macam budak budak yang nak membesar walaupun aku dah remaja.
Ok, apa pendapat korang pula.
(NOTE : PENULISAN INI ADALAH BERUNSURKAN PENDAPAT MENGENAI APA YANG DI LIHAT OLEH PENULIS BLOG SENDIRI.AM NOT MAKING STORY BUT ONLY DOING OWN OBSERVATION FROM WHAT AM SAW. MAAF JIKA ADA KESILAPAN. DAN MAAF JUGA KALAU AKU BANYAK MEREPEK BENDA YANG KORANG TAK FAHAM. :D)
No comments:
Post a Comment