22 March 2011

❤ !! MAMA !! ❤



Semalam,

21 March 2011,

Genap 55 tahun dah umur Mama tersayang

PUAN ROHANI BINTI SALLEH BIN MOHD AKIB.

Cara cara kami celebrate?

Plan : sehari awal, iaitu 20 March 2011.

Invited : Hj. Wan Deraman.
: Hjh. Wan Zainab
: Moksoh (tak ingat nama sebenar)
: Cik. Wan Nabilah.
: Cik. Wan Adibah.
: Cik. Wan Syakirah.
: En. Wan Azmi
: Cik. Wan Maisarah
: Cik. Wan Alya

Tetamu istimewa : Ku Teh (Putih, kucing kami)
Vanue : Rumah Sungai Tua.

Time : Lepas semayang Isyak.

okeh, ni plan dia
✿ Syak keluar dengan mama
✿ ibah n kaklong g beli kek.
✿ sorok kek.
✿ ayah bagi signal.
✿ keluarkan kek
✿ pasang lilin.
✿ surprise!! happy birthday to youu~~ (nyanyi ramai2)
✿ suh mama tiup.
✿ mok a.k.a nenek pon nak tiup skali.
✿ potong kek.
✿ makan. sambil diperhati oleh Ku Teh.

Mama, sorry tau terlalu simple. kami tak ada duit nak beli hadiah. ni pon paw ayah. Thanks ayah. I love you.

Ok, ibah tak wish kat mama keesokkan harinya tapi you and me know that we all love each other.
so, dengan ini ibah nak buat ucapan sikit walaupun dah terlambat. heee~ :)





17 March 2011

Dugaan yang MAHA ESA.


Nauzubillah, kejadian TSUNAMI dan GEMPA BUMI di Jepun. Berlaku pada 11 March 2011, sewaktu orang sedang menunaikan solat jumaat (waktu malaysia lah). Aku dapat tahu pun bila balik dari kerja. Ayah and mama sibuk meng-announce berita ni. Memang tragis apa yang dah berlaku pada bulan ni. Namun sekarang, masih 12 ribu lebih masih hilang dan 8 ribu lebih telah dijumpai. tu pun apa yang dilaporkan semalam. Berdasarkan Utusan Malaysia, 21/03/2011. Ini bermaksud ia melibatkan hampir 20,000 ++ orang di Jepun.

Benda ni buat aku terfikir, apakah ini seinchi hampir dengan Kemusnahan Selama lamanya? Beristighfar la banyak banyak. Dan ingat lah.

Dari Abu Musa r.a. dari Nabi saw katanya
“Allah Azza wa Jalla membentangkan tanganNya malam hari
untuk menerima taubat orang-orang yang bersalah siang hari,
dan membentangkan tanganNya siang hari
untuk menerima taubat orang-orang yang bersalah malam hari,
sehingga matahari terbit di Barat. (Riwayat Muslim)

so, cuba cuba lah kita bertaubat together gether.




23 February 2011

situasi

nak update ke tak ni..ishhh..

Sejenis spesis game yang bernama Entanglement telah menggangu ketenteraman aku.

Setiap malam aku main sambil tgk reality show dari korea, WE GOT MARRIED - KHUNTORIA [Nickhun & Victoria] ( auw auw auw...sweeett diorang ni)


KHUNTORIA!! ^^


Memang tu la kerja aku hari hari dalam minggu ni sampaikan boleh tido kul 4 pagi. Lepas tu, liat la nak bangun pergi office.

Sebenarnya, kerja aku bukan setakat tu je, selain dari tu, jadi driver separuh hari. Hantar tu hantar ni, pergi situ pergi sini.

Fine, dalam post aku hari ni aku nak kongsi beberapa situasi apa yang berlaku sejak akhir akhir ni

1. Aku and adik aku, sarah,dah pergi SPRING POTATO. Long, ibah mintak maaffff!!! kalau kaklong nak pergi, ajak ibah tau. ibah tak sengaja nak pergi sana. cuma hasutan yang terlalu kuat!! huhuhu. ampun Kaklong!!

OTOKE!! SORRY TAU LONG..
source : Spring Potatoes Cafe Facebook.



2. Aku dah pergi Ice Room kat Seri Gombak. Sorang sorang sambil layan diri sendiri. Sedap kot dia punya es krim. (Maaf ye adik beradik dan juga Aiman Mustafa. Ada duit banyak, ibah belanja semua orang. hehe)

seteroberi flav.

3. Setiap hari dalam minggu ni aku hantar makcik aku ke hospital, ambil, hantar, ambil, sampai aku dah boleh drist dah dekat Jalan Kuching tuh. Hebat tak aku? Terima kasih.

4. Aiman pergi Langkawi dan bagi aku cokolat lepas dia balik. Terima kasih jugak. (malas nak upload gambar cokolat) ^^


5. Ok, hari ni seperti biasa, aku hantar makcik aku dan akan ambil dia. Hari ni agak lewat dia buat dialisis kat pusrawi, so aku kena hantar dia pukul 3 dan ambil pukul 8. Katanya la kan. Lepas pergi ke putrajaya, hantar agreement, balik tu aku hantar makcik aku, aku ke opis dan balik rumah. Penat. TERsangat penat. tengah rileks rileks, 6.15pm makcik aku call ;

makcik : dibah, ambil puko 7.10 deh, awal dio habih (dibah, ambil pukul 7.10 tau, awal dia habis)

ok ok. nanti cik je tunggu la deh.

makcik : ok.

Fine, dah la penat, kereta pulak tak ada radio, apa lagi, aku ajak nenek aku ikut

mok! ikut ibah deh, ambik cik je! (i have to shout because shes deaf)

mok a.k.a nenek : ha??

ambik cik je! pukul 7! nok ikot tok? mok tok soh tughung keto pun(mok tak yah turun kereta pon)
Dengan muka berkerut kerut,

mok a.k.a nenek : ho~ (nooded)

Aku bukan apa, kesian tengok nenek aku. dah lama tak keluar jalan jalan. Lagipun kalau berjalan, dia pakai tongkat. Kesian dia.

Setahu aku, dia ni memang suka berjalan. Dia pernah cakap kat aku kalau dia ada kudrat nak berjalan, memang dia dah pusing satu dunia.

Aku pun bosan + mengantuk kalau bawa sorang sorang. dah la tak ada radio. nak buat macam mana, kereta second hand kan. Tapi aku sayang kereta aku. muah muah! D**8**0!

Dalam pukul 6.50pm aku dah suruh mok masuk kereta,

Start kereta, kunci pintu kereta, tengah bawak, baru teringat! seat belt! ok, pakai.

Mok tengok aku, lantas dia bertanya,

mok a.k.a nenek : Mok nok keno paka jugok ko gotu? (mok nak kena pakai tu jugak je?)

kena la mok. kalau eksi-deng nanti macam mana.

Aku pakai kan mok seat belt. Sungguh comel dalan kereta yang comel. Then aku sampai destinasi yang kami tuju.



mok dah tak pakai seat belt. aku tanya kenapa tak pakai, dia sengih je.


6. Lepas maghrib tadi, aku ke ruang tamu untuk tengok berita. Dah lama tak tengok berita.

Tengok atas Single Chair, putih tengah santai, duduk depan dia, kena halau. Dia tolak aku dengan kaki dia. FINE! aku duduk bawah. Mama terbaring letih. Kesian mama, dari pagi sampai pukul 5 petang dekat sekolah. Sampai rumah dah pukul 6.

Baiklah! main dengan putih sekejap.

Beberapa minit kemudian.

Mama : ibah, urut kaki mama ni. penat betul hari ni

ibah pon penat jugak ma. tengok ni ha tumit kaki ibah. dah macam mama. ibah pijak(urut) kaki mama, mama pijak kaki ibah.

Mama : ok, awk pijak mama

ha!? pijak mama? LOL. apa ni cikgu. ayat dah tunggang tebalik

Tengah urut, tiba tiba aku

ibah takmo dah la urut mama, kaki mama putih, ibah tak macam tu pon (unsur jeles)

Mama : ala, cepat la (mata dah tertutup)

Takmo ah. kenapa ibah gelap. tak adil nih ( gurau manja ni )

Mama : Nak buat macam mana, dah terkeluar macam tu.

(terkedu) -.-" huhu.

Love u mum.



Ni la yang berlaku kat aku sekitar minggu ni. tak tahu la apa lagi akan terjadi selepas ni. Aku puas hati.

Harap kegembiraan, gelak tawa, menangis, semua pengalaman harian akan jadi pengajaran untuk aku dan semua di hari akan datang. Terima kasih Maha Suci Allah.

Salam.

Bye

14 February 2011

Perubatan dan kucing.

Hari ni ke darul syifa'

dekat Bandar Tun Hussin On.

sebabnya? nenek a.k.a mok aku sakit urat.

biasa la kan. orang tua.

anyway, aku, sarah mok & che ton pergi pukul 12.30 pm.

ingt orang dah beratu dari pagi, ye la kan. orang kata kalau tempat macam ni mesti ramai orang.

sampai sampai, tak ada orang pon lagi. tapi list dah panjang, nenek aku orang ke 40.

okeh. terpaksa tunggu tempat tu buka pulak. pukul 2.30pm, padahal kami sampai pukul 1 pm.

tgh tunggu ni, tetiba ternampak satu makhluk.

mata mereka mengintai kitaorang, aku ternampak mereka panjangkan leher mereka memandang kami yang tengah sekodeng tempat tersebut.

aku panggil, dan satu demi satu datang.

TARAAA~ COMEL TAK?


Okeh, kami menungu dan menunggu. sampai la pukul 2.30pm.

nasib baik kaum tua yang uzur dan bayi di utamakan, maka, mok aku dapat giliran yang ke 2. langkah kanan sebab tu hari last ustaz yang kami nak jumpa, esok nya ustaz tu nak kerjakan umrah.

penat, tapi nak buat macam mana. sayang nenek la kan.

balik, tido. penat kot. sebab aku yang kena drive.

haha.

ok, salam,

bye.

12 February 2011

peropaakah?

(post kali ni mungkin berbaur politik sikit. tetibe pulak kan? hahaha)

why why why? wae? wae? wae? limaza? limaza? limaza? heee~

okeh -.-"

ha! O.O

kadang kadang aku tak faham dengan Utusan.

adakah media cetak ini penuh dengan propa?

tak bermaksud nak kutuk apetah lagi menyindir apetah lagi memuji cuma tertanya2 dan persoalan di benak kepala.

maaf ya peminat setia Utusan.

mesti korang semua tertanya, "kenapa mesti ko nak kutuk utusan? bukannya paper lain cm sinar ke, metro ke, star ke, berita mingguan ke, harakah ke n mane mane paper lain la.kenapa ha dibah? kenapa??"

Alasan dia, ayah aku memang peminat utusan. hahaha. tak ada lah,
Setiap pagi dan setiap hari surat khabar utusan akan sampai kat rumah aku,
so itu je la yang aku boleh persoalkan.

lagipon, kalau tak baca surat khabar dalam masa seminggu tuh, terasa macam ada benda kurang. terasa macam biul kepala otak.

so, back to the topic, kenapa aku mempersoalkan sedemikian?

okeh,ni ha yang aku konfius.

KEJADIAN PERTAMA : pernah aku terbaca satu tajuk yang di keluarkan oleh utusan sendiri, bunyi dia seakan akan macam ni 'umat islam tidak digalakkan meraikan perayaan lain'. isinya pula mengatakan bahawa bukan setakat sambut dan raikan, tapi mengamalkan pon tak boleh.

KEJADIAN KE DUA : tadi ke semalam, aku baca surat khabar, belek belek belek,aku ternampak satu gambar, para para menteri (menteri melayu yang bergelar umat islam ok) menghadiri upacara rumah terbuka di mana tah, aku pon tak ingat. Para para menteri tersebut aku nampak tengah gaul gaul makanan yang di panggil yee sang (nampak sedap keh!. erk, maaf, cepat tergoda dengan makanan -.-') .

aku cuba kaitkan kejadian pertama dengan kejadian ke dua.


HURM? O.O

baik, apa pendapat aku?

1. Payah nak dapat pemimpin yang boleh ikut kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat yang boleh dibanggakan dan dicontohi. Bukan nak suruh meniru sebijik sebijik, ikut la peredaran masa, kecanggihan zaman juga. Campurkan masa dan keadaan hukum supaya lebih cantik. Jangan lah ubah Hukum Allah, tapi cara pembawaan kita sendiri supaya lebih diberkati. Contoh iktibar yang boleh kita tengok, Kejatuhan Mubarak yang dibenci oleh rakyat sendiri. Malah jatuh disebabkan oleh kaum yang lahir pada pemerintahan beliau sendiri, bukan kaum zaman sebelum.

2. Aku bukan tak percaya akan media cetak, tak kira la media cetak tu macam mana. tapi kadar peratusan kepercayaan terhadap mereka ni, kurang dari 80%, malah, sekarang ni, yang aku taip ni pon, aku kurang percaya akan keselamatan untuk publish post ni.

3. Tak semua benda itu sempurna 100% kn? malah, Adam a.s sendiri menafikan apa yang dikata. So, tah la.


Sini aku boleh juga katakan, aku sebagai rakyat malaysia, aku masih muda dan aku masih baru ingin belajar.

Tapi dengan apa yang aku lihat, apa yang aku baca, menjadikan diri aku ragu ragu. dari percaya, baik buat dono (tak tahu). Itu masalah remaja Malaysia kan?

Malah aku sendiri, kadang kadang masih lagi ada perangai dan berfikiran macam budak budak yang nak membesar walaupun aku dah remaja.

Ok, apa pendapat korang pula.


(NOTE : PENULISAN INI ADALAH BERUNSURKAN PENDAPAT MENGENAI APA YANG DI LIHAT OLEH PENULIS BLOG SENDIRI.AM NOT MAKING STORY BUT ONLY DOING OWN OBSERVATION FROM WHAT AM SAW. MAAF JIKA ADA KESILAPAN. DAN MAAF JUGA KALAU AKU BANYAK MEREPEK BENDA YANG KORANG TAK FAHAM. :D)


ro za kaf ya, rejeki.

Alhamdulillah. best betul menaip guna keyboard baru nih. miahaahaha ^^

penerangan kenapa mesti ;

rambut baru?

* sebab rimas dah rambut panjang. dah bape tahun rambut panjang. lagipun ayah dah bising rambut serabut. haha.
* tiba tiba ada mood nak potong
* mama sponsor duit

keyboard baru?

* key shift dah patah teruk n terbukak. (ini alasan mengada)
* key ctrl pon dah terbukak juga. (ni pon)
* pujuk ayah nak beli baru, ayah sudi bayar. heee~~ ^^
* ambil kesempatan nak dating. (pengakuan berani mati -.-")


suka suka!

thank kepada muhd aiman kerana menemani cik adibah yang comel molek pergi ke low yat & sambil melayan kerenah cik adibah ni. (walaupun balik tuh ada 'kedinginan' skit.)

tapi apa apa pun thanks dear. :)

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah, kalau tak ada orang sponsor, memang tak buat.

Sekian :)

bye.



10 February 2011

chrome aplikasi? best ^^


hari ni usual day..

macam biasa kegiatan harian aku bile aku tak sambung belajar ni.

bangun pagi,
gosok gigi,
jemur baju
dan mandii~
siap mandi, pakai baju,
pergi depan. (bilik aku di belakang)
breakfast.
start kereta,
masuk office,
yada yada yada,
balik rumah,
keluar dgn mama (selalunya lepas kerja keluar dengan mama)
balik rumah,
tgk tv,
makan,
tgk tv,
masuk bilik,
gayut,
tido.

dan aku rasa semua ni berpusing 360 darjah sepanjang aku tak sambung belajar ni. haihh~ bila la aku nak sambung ni. tak sabar.

anyway, apa yang aku nak cerita ni is lately aku tergoda dengan suatu benda.

cha chaaaa~~ (tadaaa~)

nampak tak? ke tak nampak? click gambar la untuk nampak lagi jelas.

highlight dia dekat games tuh. hee~

cerita yang sebenar nya, ternampak dekat komputer kak ida, rakan sepejabat aku.

buka je chrome dia, ternampak la alah2 ni. nge-test nge-test, baru la tau, banyak btul kegunaan dia. bukan setakat games je. aplikasi2 lain pun banyak juga.

Selalunya orang surf laman web sekejap lepas tu bosan, tak tahu nak buat apa. Kadang kadang nak tunggu internet connection loading page lama sangat.Ha! takkan nak termangu je kan.
Pihak Google sangat bagus sebab dia memahami apa yang orang perlukan Semua produk yang Google yang sediakan ni memang sangat simple dan interesting. Sesuai dengan keadaan yang aku mention tadi, maka, google pon kenalkan la CHROME WEB STORE.

ni ha



kira sekarang ni, kalau tak ada kerja, aku akan main games yang ni je lah.

tapi untuk pengetahuan, ada setengah aplikasi berbayar. kena pandai pilih la.

nak tahu mcm mana nk guna?

pastikan yang anda ada Google Chrome dulu.

ok,

bagi yang dah ada, Ikut 3 LANGKAH yang senang gila lah


langkah ke satu (1)

pergi ke Chrome Webstore ni. and cari sign in, kalau nak download segala benda ni korang kena ada akaun Gmail dulu. Gmail ni singkatan dia, Google Mail. so korang sign up la kalau nak merasai kenikmatan applikasi dekat web store tu.






langkah ke dua (2)

cari lah apa apa yang korang nak download. aku selalu ambil yang free free je.

seperti contoh, aku nak try aplikasi social network, aku pun ambil seesmic (tu pon sebab aku nampak icon dia comel)



langkah ke tiga (3)

korang dah klik dekat icon yang korang nk, dia akan, keluar macam ni, then klik 'install' (time install ni la korang perlukan akaun gmail sebab memang benda ni memerlukan google akaun)


sedang di proses




lepas tu,dah dapat dah la hasilnya.



benda alah ni akan keluar bila korang buka 'new tab'.

maka dengan itu anda boleh la start mengechat atau bermain game, ;p

okeh. tuh je. selamat mencube..hohoho

Salam, bye.



02 February 2011

dunia makin maju.

teringt balik, mlm yg tulis blog sebelum ni, sambil menaip, sambil tgk tv dgn mama & ayah, sambil berborak.

aku tak ingt ape yang aku tgk, tapi aku tetibe ckp,
"haish maju nye zaman sekarang. semuanya senang".

ayah : mmg maju. ade ayah tgk tv ke ape hari tu, sandwish boleh beli guna telefon.
aku : la, ye ke? macam mana tu. mcm best je. kedai mana?
ayah : dia tolak kredit la, lepas tu dia dtg hantar.
aku : huyooo!

tak sangka kan. maju sgt sgt dah zaman sekarang ni.

hari ni, aku cuba try google-ing topik yang kitaorang ckp tuh, tapi tak jumpa jumpa. takpe la. one day mesti adanya. ;p

27 January 2011

SIBUK.



Hari ni sangat sibuk. Dah lama tak sesibuk macam ni.

Masuk office je, terus je ada kerja. Kerja lak tepat tepat siap waktu habis office hur. haha. tak sangka. balik pulak, rehat jap, dalam pukul 7pm, mama dah ajak jadi supir dia. secara tiba2. haha.
situasinya macam ni, tengah aku relaks sambil baring baring atas kusyen, mama keluar dari bilik dia dengan pakaian dah ready nak keluar. Dia ajak aku. terus aku bergegas tukar baju. mama cakap takyah tukar baju, pakai je baju tu. Eh! takkan la nak pakai baju kurung tanpa kain. Mood mama tak baik, so dengan pantas aku terus bergegas ke dalam bilik, tukar baju. lari ke depan ambil tudung then terus ke kereta without pakai selipar. WITHOUT! o
k. takpe la, untuk mama tercinta kot. dalam kereta, aku ada tanya mama, mana maisarah, tak nmpk pon. mama pelik. 'takde ke? mama ingt dia ada'. dah jadi kebiasaan maisarah tidur petang, so mama ingat dia ada dalam bilik. dengan segera, mama call sarah tanya khabar minah tuh. ada ke dia ckp dia dah pesan dkt alya. yada yada yada, kami pon pulang.

habis cerita kena rush sebab kena jadi supir.

balik dari setel hal mama, aku straight terus masuk bilik air. nak semayang maghrib kan.

dah habis smyg, kene tolong mama lagi, bayarkan bill dia melalui maybank2u.com.my, tak macam mengong plakkan nline hari ni, asyik terlogout sendiri. connection punya pasal la ni. haishh.. tapi at last, setel jugak!


hehehe ^^



pas setel bayar bill, tetibe

FACEBOOK
New messange from Aiman Mustafa.

Aiman : On Skype.
Me : Ok. tunggu jap, nak masuk bilik. (bilik azmi)


lari masuk bilik azmi, then ni la hasil die.



okeh. sini jek. Bye

(sok nk cite pasal kedai sandwish yang boleh terime topup kredit.) ;p

26 January 2011

taip lah

menaip ikut sekati (suka hati) aku je. sambil menaip, sambil belek belek buku yang bermuka, dan sambil menonton dokumentari di history channel. sebenarnya mmg tak ada idea langsung nak menaip apa. hanya sekadar untuk mengaktifkan blog yang aku tinggal sampai masam basi bucuk n cume gosok gigi sikit je. ok, aku sendiri akan pening kalau aku baca balik apa yang aku taipkan ni.

Online ni pon sebab mama yang suruh. Bila aku on je laptop, aku dah dengar orang berdengkur.best betul aku tgk mama tidur, padahal baru je seminit dua aku duk cakap dengan dia. nak join dia tido, petang tadi aku dah tidur. lepas ni payah la aku nak tidur. --'

Anyway, dari segi aku menaip, aku rasa aku akan mengekalkan tulisan ni. Sebelum ni kan aku asyik tukar tukar font, siap kale kale lagi. kalau kamu orang perasan la. haha. sebenarnya kalau aku dah bosan sangat, aku akan wat balik .

Hurm, terasa malas dah nak menaip banyak banyak. bye :)


25 January 2011

ini lah dia kalau dah..

dah lame dah tak mengepost. sangat lame.
sampai sume pon tak peduli.

aku dikategorikan sebagai blogger slacker.

haHaHAha..

dbah dbah. sungguh perosak.

ramai sungguh orang skrg mengupdate blog.
sebenarnya bagus blog ni.
sebabnya ramai dah yang boleh dapat income melalui blog.
hanya perlu angkat buntut sikit sikit and no need to move around so much.
kaki pon rilex.
even sambil bersantai pon boleh.

tak senang ke hidup di zaman yang canggih sekarang ni?




anyway, sambung later :p