23 February 2011

situasi

nak update ke tak ni..ishhh..

Sejenis spesis game yang bernama Entanglement telah menggangu ketenteraman aku.

Setiap malam aku main sambil tgk reality show dari korea, WE GOT MARRIED - KHUNTORIA [Nickhun & Victoria] ( auw auw auw...sweeett diorang ni)


KHUNTORIA!! ^^


Memang tu la kerja aku hari hari dalam minggu ni sampaikan boleh tido kul 4 pagi. Lepas tu, liat la nak bangun pergi office.

Sebenarnya, kerja aku bukan setakat tu je, selain dari tu, jadi driver separuh hari. Hantar tu hantar ni, pergi situ pergi sini.

Fine, dalam post aku hari ni aku nak kongsi beberapa situasi apa yang berlaku sejak akhir akhir ni

1. Aku and adik aku, sarah,dah pergi SPRING POTATO. Long, ibah mintak maaffff!!! kalau kaklong nak pergi, ajak ibah tau. ibah tak sengaja nak pergi sana. cuma hasutan yang terlalu kuat!! huhuhu. ampun Kaklong!!

OTOKE!! SORRY TAU LONG..
source : Spring Potatoes Cafe Facebook.



2. Aku dah pergi Ice Room kat Seri Gombak. Sorang sorang sambil layan diri sendiri. Sedap kot dia punya es krim. (Maaf ye adik beradik dan juga Aiman Mustafa. Ada duit banyak, ibah belanja semua orang. hehe)

seteroberi flav.

3. Setiap hari dalam minggu ni aku hantar makcik aku ke hospital, ambil, hantar, ambil, sampai aku dah boleh drist dah dekat Jalan Kuching tuh. Hebat tak aku? Terima kasih.

4. Aiman pergi Langkawi dan bagi aku cokolat lepas dia balik. Terima kasih jugak. (malas nak upload gambar cokolat) ^^


5. Ok, hari ni seperti biasa, aku hantar makcik aku dan akan ambil dia. Hari ni agak lewat dia buat dialisis kat pusrawi, so aku kena hantar dia pukul 3 dan ambil pukul 8. Katanya la kan. Lepas pergi ke putrajaya, hantar agreement, balik tu aku hantar makcik aku, aku ke opis dan balik rumah. Penat. TERsangat penat. tengah rileks rileks, 6.15pm makcik aku call ;

makcik : dibah, ambil puko 7.10 deh, awal dio habih (dibah, ambil pukul 7.10 tau, awal dia habis)

ok ok. nanti cik je tunggu la deh.

makcik : ok.

Fine, dah la penat, kereta pulak tak ada radio, apa lagi, aku ajak nenek aku ikut

mok! ikut ibah deh, ambik cik je! (i have to shout because shes deaf)

mok a.k.a nenek : ha??

ambik cik je! pukul 7! nok ikot tok? mok tok soh tughung keto pun(mok tak yah turun kereta pon)
Dengan muka berkerut kerut,

mok a.k.a nenek : ho~ (nooded)

Aku bukan apa, kesian tengok nenek aku. dah lama tak keluar jalan jalan. Lagipun kalau berjalan, dia pakai tongkat. Kesian dia.

Setahu aku, dia ni memang suka berjalan. Dia pernah cakap kat aku kalau dia ada kudrat nak berjalan, memang dia dah pusing satu dunia.

Aku pun bosan + mengantuk kalau bawa sorang sorang. dah la tak ada radio. nak buat macam mana, kereta second hand kan. Tapi aku sayang kereta aku. muah muah! D**8**0!

Dalam pukul 6.50pm aku dah suruh mok masuk kereta,

Start kereta, kunci pintu kereta, tengah bawak, baru teringat! seat belt! ok, pakai.

Mok tengok aku, lantas dia bertanya,

mok a.k.a nenek : Mok nok keno paka jugok ko gotu? (mok nak kena pakai tu jugak je?)

kena la mok. kalau eksi-deng nanti macam mana.

Aku pakai kan mok seat belt. Sungguh comel dalan kereta yang comel. Then aku sampai destinasi yang kami tuju.



mok dah tak pakai seat belt. aku tanya kenapa tak pakai, dia sengih je.


6. Lepas maghrib tadi, aku ke ruang tamu untuk tengok berita. Dah lama tak tengok berita.

Tengok atas Single Chair, putih tengah santai, duduk depan dia, kena halau. Dia tolak aku dengan kaki dia. FINE! aku duduk bawah. Mama terbaring letih. Kesian mama, dari pagi sampai pukul 5 petang dekat sekolah. Sampai rumah dah pukul 6.

Baiklah! main dengan putih sekejap.

Beberapa minit kemudian.

Mama : ibah, urut kaki mama ni. penat betul hari ni

ibah pon penat jugak ma. tengok ni ha tumit kaki ibah. dah macam mama. ibah pijak(urut) kaki mama, mama pijak kaki ibah.

Mama : ok, awk pijak mama

ha!? pijak mama? LOL. apa ni cikgu. ayat dah tunggang tebalik

Tengah urut, tiba tiba aku

ibah takmo dah la urut mama, kaki mama putih, ibah tak macam tu pon (unsur jeles)

Mama : ala, cepat la (mata dah tertutup)

Takmo ah. kenapa ibah gelap. tak adil nih ( gurau manja ni )

Mama : Nak buat macam mana, dah terkeluar macam tu.

(terkedu) -.-" huhu.

Love u mum.



Ni la yang berlaku kat aku sekitar minggu ni. tak tahu la apa lagi akan terjadi selepas ni. Aku puas hati.

Harap kegembiraan, gelak tawa, menangis, semua pengalaman harian akan jadi pengajaran untuk aku dan semua di hari akan datang. Terima kasih Maha Suci Allah.

Salam.

Bye

3 comments: